14,000 PATI, 302 Majikan Gagal Miliki E-Kad Ditahan


PULAU PINANG - Hampir 14,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 302 majikan ditahan dalam Op Mega Jabatan Imigresen yang dijalankan di seluruh negara bermula 1 Julai hingga malam kelmarin menerusi program pendaftaran Enforcement Card atau E-Kad.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, seramai 38,800 PATI telah diusir ke negara masing-masing sejak awal tahun ini hingga 19 September lalu.

“Kita tidak akan berkompromi dengan majikan yang degil dengan mengheret pesalah ke mahkamah selain bertindak membekukan aset dan akaun mereka.

“Peruntukan undang-undang sudah ada, mana-mana pendatang asing yang layak didaftarkan, mereka diminta berbuat demikian sehingga hujung tahun ini untuk proses pengambilan semula (rehiring),” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sumber: Utusan Online