32,481 Calon UPSR Di Kedah


PENDANG  - Seramai 32,481 murid tahun enam menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di 570 pusat peperiksaan seluruh Kedah bagi 2017.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Sofaruddin Ismail, berkata jumlah tersebut berkurangan sebanyak 598 berbanding tahun lalu iaitu 33,079 calon.

“Calon teramai ialah dari sekolah kebangsaan (SK) 26,585 diikuti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) 3,425 dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) 1,375 dan calon swasta 1,096,” katanya.

Menurutnya, jumlah tersebut juga merangkumi jumlah Calon Berkeperluan Khas (CBK) seramai 59 calon meliputi buta, rabun dan pekak.

“Sebanyak 10 calon menduduki peperiksaan di hospital kerajaan dan hospital swasta,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di SK Pendang di sini hari ini.

Menurutnya, SK Taman Ria Kulim mempunyai calon teramai melibatkan 319 murid manakala empat buat sekolah masing-masing mempunyai seorang calon iaitu SJKC Cheng Yu di Kota Setar, SJKC Pei Hwa dan SJKC Pei Eng di Kuala Muda Yan dan SJKT Ladang Kupang di Baling.

Sumber: Utusan Online