PELAKON jelita, Nur Fazura menerima 500 kuntuman bunga mawar putih dan merah jambu daripada gandingannya dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin.
Hadiah itu adalah bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran ke-34 aktress tersebut.
Nur Fazura Sharifuddin atau dikenali sebagai Fazura akui moment tersebut telah mencatat kenangan paling manis dalam hidupnya.
“Sebelum majlis pelancaran, Fattah ada menghantar mesej kepada saya untuk mengucapkan selamat maju jaya dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir disebabkan terikat dengan penggambaran.
“Hadiah bunga itu memang satu kejutan. Terima kasih Fattah kerana menjadi sahabat yang baik.
“Ketika saya nampak bunga itu, saya ingat ibu yang berikan, tetapi rupa-rupanya bukan. Pandai dia nak kenakan saya,” ujar Fazura memetik BH Online.
Terdahulu, Fattah dikatakan pernah menerima kejutan 50 kuntuman ros merah beserta kad ucapan berbentuk daripada Fazura.
Difahamkan, bunga berkenaan ‘diterbang’ khas daripada New York bersempena ulang tahun kelahiran yang ke-27.
Sementara itu, diusik dengan pertanyaan adakah dirinya insan istimewa dalam hidup Fattah sehingga mendapat kejutan sebegitu.
Pelakon jelita ini dilihat tersipu malu dan tertawa kecil sambil berkata sambil menjawab ‘mungkin’.
Haih…bukan main lagi berbalas-balas bagi bunga ya…Semoga berjodoh mereka berdua ni kan…Sama-sama kita doakan yang terbaik!
Sumber: Mynewshub