6 Jahanam Dibuang Sekolah Kerana Masalah Disiplin, Kerap Ponteng


ALOR SETAR - Enam suspek yang dikatakan mencetuskan kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Datuk Keramat sehingga meragut 23 nyawa tersebut dilaporkan tidak bersekolah.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kesemua mereka mempunyai masalah disiplin dan kerap ponteng sehingga mengakibatkan mereka dibuang sekolah.

Difahamkan bahawa kesemua mereka tidak hadir ke sekolah sejak 2012 hingga tahun lalu.

“Ada suspek yang berumur 16 tahun pernah belajar di Tingkatan Satu pada tahun 2012. Selepas itu mereka tidak lagi hadir ke sekolah,” katanya.

Menurutnya lagi, pihak sekolah pernah mengeluarkan amaran termasuk memberi kaunseling dan memanggil ibu bapa untuk berbincang mengenai perkara tersebut sebelum mengambil tindakan buang sekolah.

“Namun remaja yang berumur 18 tahun sempat menghabiskan sesi persekolahannya dan menyambung pelajaran di sebuah institut latihan kemahiran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program 'Sayangi Diri, Jauhi Dadah' di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Saujana, semalam.

Terdahulu, berlaku kejadian menyayat hati dimana asrama pusat tahfiz itu dibakar sehingga menyebabkan  21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden terkorban. - Kedahnews.com