63 Nelayan Myanmar Diberkas Tangkap Ikan Tanpa Permit Di Pulau Pinang


GEORGE TOWN - Keterujaan 63 nelayan warga Myanmar menangkap ikan menggunakan enam buah bot 'barter trade' di perairan negeri ini mengundang padah apabila mereka diberkas pasukan Maritim Malaysia (APMM) semalam.

Kesemua lelaki terbabit ditahan dalam operasi yang dijalankan bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang mulai pukul 5 petang.

Pengarah Maritim, Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kepten Maritim Rozali Mohd. Said berkata, operasi tersebut melibatkan dua buah bot peronda bersama 35 anggota termasuk 15 dari JIM.

“Hasil dari perkongsian maklumat, sebanyak 11 buah bot 'barter trade telah diperiksa yang mana enam daripadanya ditahan bersama 63 orang kru bot warga Myanmar atas kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 Seksyen 6 (1) (c) kerana tidak mempunyai permit yang sah ke negara.” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Sumber: K! ONLINE