Abang Long Fadil 2 Kutip RM5 Juta


KUALA LUMPUR - Sejak ditayangkan pada 24 Ogos lalu, filem Abang Long Fadil 2 telah mencatatkan kutipan RM5 juta di seluruh pawagam di Malaysia.

Filem arahan Syafiq Yusof itu pada awalnya ditayangkan sebanyak 130 buah pawagam dan meningkat kepada 135 lokasi tayangan termasuk di Brunei dan Singapura.

Filem aksi komedi itu dibintangi oleh Zizan Razak, Syamsul Yusof, Wak Doyok dan Tania Hudson.

Sumber: Utusan Online