ALOR SETAR - "Ingatan" bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba dipulihkan kembali tentang Akta Petroleum 1974 yang tidak dipinda, digubal semula atau dimansuhkan ketika beliau menjawat jawatan nombor satu negara itu, selama 22 tahun.
Mahathir yang merupakan Perdana Menteri paling lama berkuasa di negara ini sepatutnya bertindak sedemikian sekiranya berpandangan kononnya akta berkenaan adalah merupakan satu "kesilapan" atau "dosa besar" pihak Kerajaan seperti yang dikatakan baru-baru ini.
Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO (Gaum), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, Mahathir sendiri merupakan salah seorang menteri kabinet ketika akta tersebut digubal dan beliau berkuasa sebagai Perdana Menteri yang boleh meminda akta berkenaan sepanjang 22 tahun itu, namun tidak berbuat demikian.
"Harus diingat Akta Petroleum 1974 tersebut telah mendapat persetujuan kabinet malahan Mahathir telah menjadi menteri kabinet pada masa akta tersebut diluluskan dan tujuh tahun kemudian Mahathir telah menjadi perdana menteri.
"Kalaulah benar menurut pandangan Mahathir, Akta Petroleum itu adalah satu kesilapan dan dosa besar yang telah dilakukan oleh Abd Razak kenapa selama 22 tahun Mahathir menjadi perdana menteri, akta tersebut tidak digubal semula," katanya dalam satu kenyataan di ibu negara, hari ini.
Mahathir dalam kenyataaannya baru-baru ini dilaporkan telah meletakkan kesalahan di bahu Perdana Menteri ke-2 negara, Almarhum Tun Abdul Razak Hussein dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, kononnya "menghakis" hak keistimewaan negeri Sarawak dan Sabah yang turut mengaitkan akta tersebut.
Selain itu, Zulkarnain juga mengingatkan Mahathir bahawa beliau bertanggungjawab memperkenalkan dasar "Kabotaj" di negeri Sabah dan Sarawak ketika beliau berjawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelaburan dan Industri dahulu.
"Dasar ini yang diperkenalkan oleh Mahathir pada tahun 1980'an dengan setiap barang yang dibeli dari luar negara perlu melalui Pelabuhan Klang terlebih dahulu sebelum dihantar ke Sarawak dan Sabah.
"Dengan terlaksananya dasar ini, sekaligus menjadi peyumbang utama harga barang di Sarawak dan Sabah jauh lebih mahal dibandingkan dengan semenanjung Malaysia kerana kos pengangkutan yang berganda sekaligus memberi kesan kepada kapal-kapal asing kerana tidak boleh memunggah kargo mereka secara langsung dalam pelabuhan-pelabuhan lain dan perlu melalui pelabuhan ditetapkan seperti Port Klang," katanya lagi.
Malah Zulkarnain berkata, Mohd Najib sebaliknya telah bertindak menghapuskan dasar Kabotaj pada 7 Mei tahun ini dengan harapan ia akan membantu mengurangkan harga barangan di kedua negeri tersebut.
"Ini tidak termasuk jasa Najib meluluskan pembinaan projek Pan Borneo yang menghubungkan Sarawak dan Sabah yang menelan belanja hampir RM29 bilion," katanya membidas Mahathir yang membina Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dengan konsesi jangka panjang dan perjanjian kadar tol yang membebankan rakyat sehingga hari ini.
Justeru itu, Mahathir diberi masa selama seminggu untuk "memulihkan ingatan" beliau dan memohon maaf atas tuduhan yang dipercayai bermotifkan politik itu, atau Zulkarnain akan membuat laporan polis Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu atas alasan fitnah dan menghasut.
Namun begitu, Mahathir yang terkenal sentiasa angkuh dalam tindakan politiknya dijangka tidak akan meminta maaf atas tuduhan tersebut. - Kedahnews.com