MENCURI, membunuh, merogol dan macam-macam lagi jenayah berat yang kini semakin kerap ‘menghiasi’ dada-dada akhbar bagaikan sudah menjadi perkara biasa.
Baru-baru ini, sebuah portal tempatan menyiarkan video seorang lelaki yang ditangkap ketika menceroboh sebuah rumah pada waktu subuh di sebuah kawasan perumahan di Daerah Batu Pahat, Johor, semalam.
Suspek penjenayah tersebut telah ‘kantoi’ ketika sedang berada di dalam bilik tidur dan perkara itu telah membuatkan pemilik rumah berkenaan naik angin.
Pemuda itu kemudian telah dibelasah oleh tiga orang lelaki dewasa, dengan salah seorang daripada mereka memegang sebatang kayu buluh dan seorang lagi memegang pedang samurai.
Sebanyak empat ‘hayunan sakti’ telah hinggap di badan suspek dan menyebabkan dia terpaksa merayu ihsan memohon maaf agar tidak dipukul lagi.
Namun, alasan yang diberikan oleh suspek sangat tidak masuk akal apabila ditanya tujuan utamanya menceroboh rumah itu sehingga perlu masuk ke bilik tidur.
“Pasal apa kau nak masuk bilik aku? Kau dah sampai dalam bilik tau,” soal tuan rumah kepada lelaki yang tertangkap itu.
“Saya ingatkan nak kejut abang, saya tak tau abang kat situ bang,” jawabnya selamba.
“Oh kalau aku tak ada?” soal tuan rumah lagi.
“Saya keluar bang,” jawabnya penuh yakin.
Mungkin kerana takut dibelasah lebih teruk, sampai terkeluar alasan merepek tu. Tidak dinyatakan pula sama ada lelaki tersebut menceroboh secara sendirian atau berkumpulan.
Kalau dilihatkan pencuri itu kelihatan seperti baru berusia belasan tahun kerana sifatnya yang keanak-anakan dan takut dipukul oleh orang tua kerana telah membuat salah!
“Keluar darah ke, patah ke tak apa. Jangan mati, aku jawab. Kau nak mintak tolong siapa? Dengan aku? Ni makan kau nanti,” tuan rumah itu sambil menunjukkan pedang samurai di hadapan muka suspek.
Tetapi, harus diingatkan bahawa setiap kesalahan akan dihukum mengikut undang-undang. Marah macam mana pun kita, undang-undang juga yang dapat menghukum si penjenayah.
Sumber: Mynewshub