Anak Peniaga Roti Canai Dari Changlun Ditawar Ke UUM


CHANGLUN - Seorang anak peniaga roti canai teruja apabila menerima surat tawaran ke Pusat Pengajian Perniagaan Islam Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam program Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian di sini, pada Rabu.

Lebih menarik, surat tawaran bagi Siti Asmak Hashim, 20 disampaikan sendiri Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) UUM, Prof Dr Abdul Malek Abdul Karim, di gerai milik ayah pelajar itu pada pagi hari Rabu.

Anak keenam daripada lapan adik-beradik itu terkejut dengan kehadiran Abdul Malek yang hadir sendiri bagi menyampaikan surat tawaran itu.

"Saya berasa bertuah kerana bukan saja terpilih untuk melanjutkan pengajian di UUM yang berdekatan dengan rumah, malah kehadiran Prof Abdul Malek ke gerai ayah memberikan semangat dan membuatkan saya tidak sabar untuk mendaftar pada 5 September ini," kata bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah itu.

Sementara itu, Abdul Malek berkata, lebih 4,700 pelajar yang ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di UUM akan mula mendaftar pada 5 September ini bagi sesi akademik 2017/2018.

Sumber: BH Online