'Anda Mahu Saya Umumkan Sesuatu?'


WASHINGTON DC - Tarikh bila pilihan raya boleh diadakan turut menjadi antara soalan dalam sidang media pada hari terakhir lawatan Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat (AS), di sini, petang ini waktu tempatan.

Namun, Perdana Menteri yang kelihatan ceria dan gembira sepanjang sidang media kerana lawatan kerja tiga hari termasuk menemui Presiden Donald Trump amat berjaya, masih berteka-teki dan bergurau dengan wartawan.

"Oh... anda mahu saya umumkan sesuatu di Washington DC. Anda tentu bergurau," katanya.

Ditanya lagi beliau mempunyai hampir setahun sahaja sebelum tempoh penggal berakhir, Najib berkata setahun adalah masa yang panjang, malah dalam politik dua minggu pun tempoh yang panjang.

Ditanya kini mungkin masa yang sesuai berikutan banyak perkembangan positif, Najib berkata: "Iya ke, anda fikir begitu?

"Tunggu dululah. Insya-Allah saya dapat ilham. Doa dululah."

Sumber: BH Online