MACHANG – Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) maut selepas ditembak anak saudaranya dengan menggunakan senapang patah miliknya dalam kejadian di Kampung Kerilla, Temangan di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa, Rosmadi Abd. Aziz (gambar kecil), 49, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Temangan akibat kesan tembakan pada perut dan dada.
Seorang lagi rakan mangsa, Mohd. Rosdi Husin, 55, yang berada di tempat kejadian turut cedera pada lengan selepas bergelut dengan suspek.
Sumber: Kosmo