Angka Mangsa Banjir Di Kedah Kekal 81 Orang


ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir kilat melanda negeri Kedah yang masih ditempatkan  di pusat pemindahan setakat jam 8 pagi tadi 81 orang seperti semalam.

 Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata jumlah tersebut melibatkan 19 keluarga di dua pusat pemindahan di Kubang Pasu dan Pendang.

Bagi daerah Kubang Pasu, kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Kodiang Lama, Jitra dengan angka sebanyak 48 mangsa daripada sembilan keluarga.

Sementara itu, seramai 33 mangsa daripada 10 keluarga pula ditempatkan di Dewan Rakan Sukan Tanah Merah, Pendang.

Hujan lebat yang berterusan pada Rabu lalu telah mengakibatkan berlakunya banjir kilat yang telah menjejaskan penduduk di sekitar daerah Kota Setar, Pendang, Pokok Sena, Kuala Muda dan Kubang Pasu. - Kedahnews.com