Anjing Dibawa Ke Tempat Dobi Layan Diri Sesuka Hati Tular


ISU kedai dobi layan diri menjadi topik hangat sejak beberapa hari yang lalu. Kini isu tersebut dilihat semakin panas apabila netizen mula menularkan gambar-gambar mereka yang membawa anjing ke pusat-pusat layan dobi di sekitar negara kita.

Mereka mempersoalkan tindakan orang bukan Islam yang enggan mengambil kira sensitiviti najis mughallazah dalam perkara ini.  Golongan bukan Melayu ini seolah-olah sengaja menyakitkan hati umat Islam dengan membawa anjing ke tempat dobi layan diri tersebut.


Kita amat maklum bahawa anjing yang dibawa ke tempat dobi layan diri berkemungkinan besar kencing dan berak merata-rata.

Walaupun tuan punya anjing tersebut membersihkan dengan cara mereka namun sudah tentu najis mughallazah tersebut tidak akan hilang begitu saja memandangkan ianya perlu dicuci tujuh kali dimana sekali perlu dilakukan dengan meggunakan air tanah.

Adakah orang bukan Islam peduli mengenai perkara ini? Kini rakyat Malaysia mempersoalkan apakah tindakan pihak berkuasa dalam perkara ini.

Sumber: PRU14.tv