Apa Sudah Jadi Pada Anak Michael Jackson?


PARIS dan Prince Jackson sudah menempuhi banyak perkara di usia yang sangat muda namun mereka berdua kekal menyokong antara satu sama lain.

Sudah berada di lensa kamera sejak bayi lagi, mereka berterusan diburu paparazi berikutan mempunyai seorang ayah yang dikatakan lagenda pop dalam industri hiburan.

Baru-baru ini, anak kepada penyanyi pop popular, Michael Jackson ini kelihatan menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka hujung minggu lalu lapor E News!

Prince memuat naik satu gambar bersama kakaknya ketika menghadiri majlis perkahwinan sepupu mereka, Siggy Jackson iaitu anak kepada salah seorang ahli Jackson Five, Jackie Jackson.

"Satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada perkahwinan Siggy Jackson, bersama kakak saya, Paris," tulis remaja berusia 20 tahun itu.

Majlis tersebut diadakan di Jackson Estate, Encino Calif Ahad lalu.

Ternyata hubungan kedua-dua beradik itu akrab apabila Prince sebelum ini turut memuat naik gambarnya bersama Paris menaiki sebuah motosikal.

Bapa mereka, Michael Jackson meninggal dunia akibat komplikasi jantung kerana 'overdose' ubat sedatif pada 2009.

Ketika itu Paris berusia 12 tahun, Prince 11 tahun dan adik bongsu mereka, Prince Michael II yang juga dikenali sebagai blanket, berusia tujuh tahun.

Sumber: Sinar Harian