SYARIKAT telekomunikasi gergasi Apple Inc. merancang untuk melancarkan model jam pintar terbaru mereka lewat tahun ini yang boleh terus berhubung dengan rangkaian telefon bimbit, menurut laporan Bloomberg.
Model terbaru Apple Watch itu juga akan dilengkapi dengan cip LTE dan boleh melakukan pelbagai tugas tanpa memerlukan iPhone dalam jarak dekat.
Buat masa ini, Apple Watch perlu dihubungkan dengan iPhone untuk mengirimkan mesej, mendapatkan arahan daripada aplikasi peta dan memuat turun muzik.
Intel akan membekalkan modem LTE bagi jam baru itu, menurut Bloomberg lagi.
Pembuat iPhone itu juga sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat khidmat telekomunikasi di Amerika Syarikat dan Eropah bagi menawarkan pakej yang menyediakan tawaran berkembar iPhone dan Apple Watch.
Apple dan Intel bagaimanapun masih belum memberikan sebarang komen mengenai perkara ini. – Kedahnews.com