Bakal Bersara, Khalid Kunjungi TPM


PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini kelmarin.

Khalid membuat kunjungan hormat itu sempena persaraannya 5 September ini, dan pertemuan berlangsung kira-kira 15 minit.

Khalid, yang genap berusia 60 tahun pada 5 September, sebelum ini mengesahkan tidak akan menyambung kontrak perkhidmatan sebagai Ketua Polis Negara selepas tarikh kelahirannya, yang juga tarikh rasmi persaraannya.

Beliau bersara selepas mengetuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama empat tahun.

Sumber: MyMetro