Banjir : Pusat Pemindahan Di Jawi Ditutup, Mangsa Sudah Pulang Kerumah


NIBONG TEBAL -  Banjir yang melanda lima kampung di Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) sejak kelmarin pulih sepenuhnya apabila  pusat pemindahan yang dibuka di Jawi di sini, ditutup pukul 10 pagi tadi.

Pegawai Daerah SPS, Mohd. Ali Sebran berkata, penutupan berkenaan membolehkan 92 mangsa yang ditempatkan di situ pulang ke rumah masing-masing.

Katanya, jumlah mangsa itu membabitkan 25 keluarga dari Kampung Sethu; Kampung Sungai Duri; Kampung Sungai Baong dan Kampung Kovil yang terjejas selepas rumah mereka dinaiki air setinggi hampir meter ekoran hujan lebat lebih lima jam petang kelmarin.

Sumber: Utusan Online