Berapa Kerap Kita Perlu Mencuci Rambut Sebenarnya?


BERAPA kerap anda mencuci rambut? Seminggu sekali atau setiap hari? Mungkin ada juga yang sudah terbiasa mencuci dan syampu rambut setiap kali mereka mandi, kan?

Menurut Independent, kekerapan mencuci rambut bergantung kepada jenis rambut itu sendiri. Bukan semua orang mempunyai jenis rambut yang sama.

Jadi tidak hairanlah jika ada yang mencuci rambut lebih kerap berbanding anda.

Rambut yang tebal dan kerinting boleh dibiarkan tanpa dibasuh selama beberapa hari, mungkin selang 3 hari.

Tetapi seseorang yang memiliki rambut nipis dan lurus tidak boleh dibiarkan sedemikian.

Mereka yang memiliki rambut jenis kerinting pula perlu lebih berhati-hati untuk tidak terlalu kerap mencuci rambut.

Bagi mereka yang sering mendandan rambut, seperti mewarna, melurus dan lain-lain, kulit kepala anda lebih cenderung untuk menghasilkan minyak yang banyak, sekaligus menyebabkan anda perlu mencuci rambut dengan lebih kerap.

Paling kerap, anda boleh mencuci rambut setiap selang sehari namun jika boleh ditunggu selang dua hari atau sekali seminggu, ia lebih baik.

Sekiranya rambut anda kelihatan berminyak walaupun sudah mengubah cara cucian, anda boleh mencuba syampu kering atau ‘dry shampoo’ pada kulit kepala untuk menyerap lebihan minyak.

Kesimpulannya, mencuci rambut setiap hari boleh menghapuskan minyak asli atau ‘sebum’ yang diperlukan rambut untuk kekal sihat.

Jadi, jika dibasuh terlalu kerap ia menyebabkan rambut anda kering dan bercabang. – Kedahnews.com