Bunuh: Dua Warga Bangladesh Direman Tujuh Hari


SHAH ALAM – Dua lelaki warga Bangladesh yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang penjual kuih direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, suspek direman bermula hari ini sehingga Isnin depan.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Semalam, mayat seorang lelaki warga Bangladesh ditemui di dalam longkang di Persiaran Kuala Langat, Seksyen 27, di sini.

Mangsa telah ditetak dan dibunuh pada Khamis lalu sebelum mayatnya dicampak di dalam longkang.

Siasatan awal kejadian bermotifkan kerana salah seorang suspek cemburu dan rasa sakit hati berikutan perniagaan kuih mangsa lebih laris daripada suspek.

Sumber: Sinar Online