PENGARAH Michael Ang berharap agar masyarakat dapat memaafkan pelakon Fathia Latiff yang menyesal dengan kelakuannya berhubung isu video tarian seksi yang hangat diperkatakan baru-baru ini.
Mesej itu ditulis oleh Michael menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam beserta satu foto bersama Fathia.
Entri tersebut juga turut disertakan dengan hashtag #staystrong, ##everyonemakemistake dan #atleastmengakudarilari.
“Ok jumpa makcik ni kat set! Ok dia dah mengaku dan rasa bersalah dan ingin memperbaiki diri! Kita maafkan dan berdoa kan untuk dia agar benda-benda bodoh seperti ini tak terjadi lagi! #staystrong #everyonemakemistake #atleastmengakudarilari @fatiyalatiff stay strong aje la dan jangan buat benda bodoh lagi,” tulisnya.
Jumaat lalu, video kontroversi melibatkan pelakon Fathia Latiff dan Natasha viral di media sosial menyebabkan kedua-dua mereka dikecam teruk oleh pengguna laman sosial.
Bagaimanapun selepas Fathia dan Natasha memberikan kenyataan mengenai kontroversi tersebut, video kedua pula tersebar pada pagi Sabtu.
Sumber: AstroAwani