HASRAT DAP untuk turut bertanding di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dijangka merumitkan lagi agihan kerusi antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Amanah Negara(PAN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)di negeri itu.
Kehadiran DAP di Kelantan bukan sahaja dilihat untuk mengucar kacir PAS tetapi juga UMNO serta parti-parti sekutunya.
Selain itu DAP juga mungkin mahu 'membalas' hasrat PAS yang sebelum ini bercadang untuk meletakkan calonnya di kawasan yang dimenangi DAP.
Hubungan PAS dengan semua parti dalam Pakatan Harapan (PH) juga dilihat bertambah parah dan sukar untuk dipulihkan berikutan hasrat DAP untuk meletakkan calon bertanding di Kelantan.
Selain itu DAP juga mungkin mahu 'membalas' hasrat PAS yang sebelum ini bercadang untuk meletakkan calonnya di kawasan yang dimenangi DAP.
Hubungan PAS dengan semua parti dalam Pakatan Harapan (PH) juga dilihat bertambah parah dan sukar untuk dipulihkan berikutan hasrat DAP untuk meletakkan calon bertanding di Kelantan.
Sebelum ini PKR di Kelantan hampir berpecah dua berikutan hasrat PKR Pusat yang mahu meneruskan kerjasama dengan PAS hingga menyebabkan Ketua Pemuda PKR Kelantan Mohd Hafidz Rizal Amran dipecat.
Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah kelmarin mengesahkan DAP memohon untuk bertanding di beberapa kerusi DUN di negeri itu buat pertama kalinya.
Bagi Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, tindakan DAP untuk bertanding di Kelantan itu dilihat lebih menjurus untuk menentang PAs dan bukannya UMNO bersama Barisan Nasional (BN).
Katanya keghairahan DAP itu sekali gus menafikan pendirian mereka sendiri yang selama ini disasarkan untuk berdepan dengan parti pemerintah itu.
"Selalu dalam ucapan (pemimpin DAP), mereka menyebut penyertaan dalam PRU adalah untuk berdepan dengan UMNO dan BN tetapi apabila mereka letak calon di Kelantan yang sebelum ini tidak pernah berbuat demikian, ertinya mereka hendak cuba untuk berlawan dengan PAS," ujarnya.
Beliau yang dipetik dari Utusan Malaysia dilaporkan menyatakan demikian dalam sidang akhbar mengenai penganjuran Fastaqim 2.0 - Himpunan 200k pada 29 September ini, di tapak acara di Pantai Tok Jembal di Kuala Terengganu semalam.
Bagaimanapun tegas Nasrudin , PAS tidak gentar dengan apa jua bentuk cabaran yang akan dihadapi dan telah meletakkan semua jentera dalam keadaan bersiap-sedia berdepan saingan sama ada dalam tiga penjuru atau lebih di setiap kerusi.
Pemimipin PAS sebelum ini pernah ' mencabar' DAP untuk bertanding di Kelantan sementara PAS berkali-kali juga menegaskan akan meletakkan calonnya di semua kawasan termasuk yang dimenangi DAP di seluruh negara. - Kedahnews.com