ALOR SETAR - Inisiatif seorang pengusaha sebuah syarikat dobi layan diri di Johor yang memperkenalkan polisi "Muslim sahaja" dialu-alukan serta mendapat sokongan penuh dari Mufti Negeri itu, Datuk Mohd Tahrir Samsudin.
Mufti Johor itu berkata, polisi berkenaan meskipun mencetus salah tanggapan segelintir pihak, namun ia memberikan kelegaan bagi masyarakat Islam yang mementingkan jaminan dari aspek kesucian dan memberi rasa lebih yakin kepada mereka.
"Jika ada yang mewujudkan premis sebegitu, maka ianya sesuatu yang bagus kerana terdapat segelintir Muslim yang tidak yakin akan kesucian dobi layan diri.
"Sebagai Muslim, adalah sesuatu yang baik bagi kita untuk menyediakan satu dobi mesra Muslim di mana kesuciannya terjamin. Dalam masa yang sama, kita juga memudahkan sesama Muslim untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dalam beribadah," katanya memetik laporan media.
Mengulas mengenai konsep perkhidmatan dobi layan diri dalam Islam, Tahrir berkata, pihak pengendalinya perlu memastikan pakaian yang dicuci itu bebas daripada unsur najis ringan mahupun yang berat (najis mughallazah).
Sementara itu, badan agama Islam menyatakan bahawa pemilik premis berkenaan bertindak berteraskan haknya.
Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama Islam Johor, Abd Mutalib Abd Rahim berkata tiada kesalahan bagi pemilik premis berkenaan untuk mengenakan peraturan sebegitu kerana ia merupakan haknya sebagai pemilik.
"Mereka yang bukan Islam tidak perlu risau kerana terdapat pilihan untuk menggunakan dobi layan diri yang lain," katanya.
Tambah Mutalib lagi, kerajaan Johor tidak mempunyai rancangan untuk masa hadapan untuk mengenakan peraturan seperti itu bagi semua premis milik pengusaha Muslim.
Walau bagaimanapun, Parti Amanah Negara (PAN) bertentangan pandangan dengan Mufti dan Exco Kerajaan Negeri Johor itu, serta menyifatkan polisi pemilik dobi itu sebagai tidak matang untuk diamalkan di negara ini.
"Faktor kemarahan akan timbul kemudian, jangan asingkan pakaian, itu perkara yang kecil. Bila kita asingkan ia menimbulkan syak wasangka dan curiga di kalangan bukan Islam.
"Kalau orang Islam rasa (asingkan dobi) terbaik, akhirnya dia (orang Islam itu) rasa tak selesa antara satu sama lain.
"Membuka dobi dengan meletakkan ini adalah untuk orang Islam, dan ini bukan untuk orang Islam, menunjukkan tak matang dalam negara," kata Naib Presiden PAN, Hasanuddin Mohd Yunus, yang dipetik dari laporan sebuah portal pembangkang.
Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin juga senada dengan Naib Presiden PAN itu dengan menyifatkan polisi yang dilaksanakan pengendali syarikat dobi itu sebagai satu amalan agama yang sempit.
Malah katanya, amalan itu juga bertentangan dengan Islam yang memudahkan umatnya, serta pada masa sama dikatakan tidak sesuai untuk diamalkan dalam masyarakat yang pelbagai agama dan budaya di negara ini.
"Semua pandangan yang sempit seperti ini akan membawa negara kita ke arah ekstremisme dan hilang imbangan untuk hidup dalam masyarakat pelbagai agama dan budaya.
"Islam itu agama yang hidup dan beraksi dengan persekitaran secara seimbang. Fikah itu ke arah memudahkan bukan menyusahkan," katanya, memetik dari portal yang sama. - Kedahnews.com