Dr. Mahathir Rasai Pengalaman Naik MRT Sungai Buloh - Kajang


SEBELUM ini pembangkang mempertikaikan kos projek Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh - Kajang (SBK). Antara yang 'bising' termasuk Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Namun ada juga anggota pembangkang seperti Dr. Norlela Arifin (PKR) Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti yang memuji MRT kerana kos yang berpatutan dan memberi  perkhidmatan selesa jika dibandingkan dengan kos sistem pengangkutan yang dirancang di Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri semalam turut merasai perkhidmatan menggunakan MRT Sungai Buloh - Kajang (SBK).

“Bersama isteri naik MRT SBK, hari ini,” tulis Pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan  dalam Facebook.

Gambar-gambar tersebut mendapat perhatian para netizen yang rata-rata memuji pasangan tersebut.


Kos RM21 bilion bagi projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK)
seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah membabitkan pembinaan fasa satu dan dua.

Menerusi kenyataan, Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) berkata, angka itu adalah bagi keseluruhan laluan SBK sepanjang 51 kilometer.

Syarikat itu mengulas mengenai dakwaan Ahli Parlimen Pandan, ( Rafizi) bahawa kos RM21 bilion yang dinyatakan Najib hanya untuk projek fasa satu.

“Kenyataan Rafizi adalah sama sekali tidak betul,” kata syarikat itu - Kedahnews.com.