Enam Bayi Lahir Pada Hari Malaysia Di Perlis


KANGAR - Sebanyak enam bayi perempuan dilahirkan sempena Hari Malaysia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini sejak pukul 12.01 tengah malam hari Sabtu.

Bayi pertama seberat 3.5 kilogram (kg) ini telah dilahirkan oleh Norazmira Nordin, 28.

Ia disusuli dengan bayi kedua pada pukul 12.38 tengah malam oleh Norshuhada Ahmad, 27 dengan bayi seberat 3.21 kg.

Kemudiannya bayi seberat 2.46 kg dilahirkan oleh Nor Hidayu Othman, 25, pada pukul 2 pagi dan
Suhaila Ibni, 28 melahirkan bayi seberat 3.34 kg pada pukul 5.53 pagi.

Diikuti  oleh Siti Ainur Shuib, 28 yang melahirkan  bayi seberat 2.55 kg pada pukul 8.03 pagi dan akhir sekali Warda Ishah, 27 yang melahirkan bayi seberat 2.4 kg pada pukul 10.31 pagi.

Ibu dan bayi ini telah diraikan pada program Bayi Hari Malaysia 2017 anjuran Lembaga Pelawat HTF bersama Kelab 1 Malaysia, Jabatan Penerangan Negeri Perlis di HTF di sini pada Sabtu.

Yang turut hadir Pengarah HTF, Dr. Othman Warijo, Pengerusi Lembaga Pelawat HTF, Ali Ismail dan Pengarah Penerangan Perlis, Ku Ismail Ku Yahya.

Sumber: Utusan Online