SINDIRAN Nabil Ahmad terhadap Fattah Amin membawa ‘padah’ apabila dia pula menjadi mangsa kemarahan peminat pelakon sensasi itu.
Menerusi Twitter rasminya, Nabil memuat naik status menyindir kenyataan Fattah dalam sebuah artikel berhubung tidak boleh berjemur bawah panas.
Usikan pengacara MeleTOP itu telah membuatkan peminat tidak berpuas hati dengannya.
“Fuhh power!! Level Hollywood! Macam ni laaa baru artis!!” tulis Nabil.
Peminat fanatik Fattah bertindak mempersoalkan tujuan Nabil ‘menyerang’ pelakon kesayangan mereka tambahan pula Fattah tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan buruk terhadapnya.
Ada pula menganggap Nabil sengaja memerli Fattah kerana iri hati terhadap pelakon Suri Hati Mr. Pilot itu.
“Apa ni Nabil. Kalau tak suka pun janganlah tunjuk sangat. Kecewalah dengan Nabil ini.
“Ada saja nak dengki kat orang wahal orang tu tak pernah kacau orang pun!” tulis pengguna Twitter.
Lebih ‘parah’ lagi, ada juga yang meminta Nabil mengubah sikapnya memandangkan dia sudah bergelar Haji.
“Haji, bersihkan hati tu… jangan ada sidat dengki dengan orang lain,” tulis pula seorang netizen.
Dalam pada itu, ada juga peminat yang meminta agar Fattah tidak menghiraukan sindiran itu dan tidak memperdulikan semua kata-kata negatif terhadapnya.
“Tersenyumlah Fattah Amin ketika hati di sakiti. Hati yang tidak membenci akan membentuk jiwa yang tegar dan damai,” tulis peminatnya.
Sementara itu, ada juga netizen yang menyokong kenyataan Nabil itu dan menganggap peminat Fattah sebagai ‘tidak kental’ apabila tidak boleh menerima gurauan.
Dalam kenyataannya sebekum ini, Fattah berkata oleh sebab dia mewakili lapan jenama produk kecantikan dan kesihatan, dia tidak boleh berjemur kerana bimbang ia akan merosakkan kulit demi menjaga kliennya.
Sumber: Mynewshub