Hanya Mempunyai Satu Pintu Keluar Masuk


KUALA LUMPUR - Semua 24 mayat yang ditemui di tingkat paling atas pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar pagi ini dalam keadaan rentung dan bertindih antara sama lain.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pusat tersebut hanya mempunyai satu pintu keluar masuk dan menyebabkan sebahagian penghuni terperangkap serta gagal menyelamatkan diri.

Amar Singh juga berkata, mayat ditemui​​​​​ di dua kawasan berasingan di tingkat yang menempatkan 36 pelajar, di bangunan tiga tingkat itu.

"Siasatan mendapati keadaan 24 mayat rentung dan bertindih antara satu sama lain akibat kebakaran itu," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian pagi ini.

Keadaan tingkap di madrasah berkenaan juga tidak mempunyai aspek keselamatan yang membolehkan ia digunakan untuk kecemasan.

Kebakaran dipercayai bermula  di bahagian pintu masuk tersebut. – Bernama