ALOR SETAR - Musim tengkujuh yang mengakibatkan beberapa kawasan dilanda banjir baru-baru walaupun agak mencemaskan, namun terdapat hikmah di sebalik ujian Allah SWT kepada seluruh rakyat Kedah, di sini.
Pengerusi Kelab Belia Darulaman, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, hikmah utama di sebalik bencana kali ini menyaksikan semua pihak di negeri ini bermuafakat menghulur tangan meringankan beban mangsa yang terjejas akibat banjir.
"Di sebalik bencana banjir yang berlaku, saya yakin di sebaliknya terkandung hikmah yang sangat berharga buat kita rakyat Kedah.
"Banjir kali ini benar-benar menyatukan kita semua. Tidak kira sama ada pihak Kerajaan Negeri, agensi dan jabatan kerajaan, parti-parti politik, NGO-NGO di seluruh negeri sama-sama turun padang mengenepikan kepentingan, mendahulukan mangsa yang terjejas.
"Saya lihat perkara itu sebagai suatu yang sangat istimewa. Secara tidak langsung, kita sebenar mampu untuk bermuafakat, mengenepikan perbezaan dan budaya ini wajar terus kita amalkan di Kedah," katanya kepada Kedahnews.com ketika ditemui di sini, hari ini.
Syed Mohd Johan Rizal berkata, bencana banjir kali ini juga meskipun dijangka tidak seteruk yang berlaku pada 2010, ia juga menunjukkan sikap rakyat Kedah yang sabar dan tabah menghadapi musibah.
"Kita kali ini lebih tenang menghadapi ujian Allah. Kita tabah berdepan musibah dan pada masa yang sama kita tidak cepat melatah atau mengeluh. Sebaliknya kita bersyukur dan sabar.
"Mungkin kita belajar dari pengalaman yang lalu. Ia mematangkan kita dan lebih positif menyedari rahmat Allah di sebalik apa yang berlaku," katanya mengulas mengenai bencana banjir yang melanda Kedah pada tahun ini.
Pada musim tengkujuh kali ini, ribuan mangsa terjejas di beberapa daerah yang menyaksikan beberapa buah pusat pemindahan banjir dibuka bagi menempatkan mereka yang terjejas akibat musibah berkenaan.
Perkembangan terkini turut menyaksikan paras banjir kian surut dan reda di mana ramai mangsa yang dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, di mana hanya baki 81 orang mangsa sahaja yang masih terdapat di pusat pemindahan di negeri ini.
Walau bagaimanapun, semua pihak di negeri ini juga masih dalam keadaan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan berlakunya gelombang banjir yang kedua, sehingga tempoh jangkaan musim tengkujuh berakhir pada Disember ini atau Januari tahun depan. -Kedahnews.com