Ibu Lari Tinggalkan Anak Yang Menderita Sakit Kanser


KESIAN…kanak-kanak ini, Hu Haoyang yang menghidap kanser menangis mencari ibunya diketika dia menjalani rawatan yang menyakitkan.

Namun tanpa diketahui oleh Haoyang, ibunya, telah meninggalkannya dan melarikan diri dengan membawa bersama wang sebanyak RM127,000 yang dikumpulkan hasil sumbangan ramai bagi membiayai rawatan anaknya,

Selepas keluarganya mengugut untuk membuat laporan polis, barulah ibunya mengembalikan semula wang terbabit. Bagaimanapun dia kemudiannya menghilangkan diri semula selepas itu dan tidak pernah kembali lagi.

Haoyang, yang berusia dua tahun, telah disahkan menghidap kanser hepatoblastoma pada Mei 2016, selepas bapanya mendapati dia menghidap demam berulang kali.

Dia telah menerima tiga kali chemotherapy dan dua pertiga daripada hatinya telah dibuang di hospital di Shanghai.

Walaupun doktor telah membuang ketumbuhan kanak-kanak itu namun kanser tersebut kembali semula.

Bagi membiayai rawatannya, keluarga Huoyang terpaksa meminjam sebanyak RM400,000 daripada rakan, saudara dan ahlong.

Bapanya, Hu Xiaofei juga terpaksa bekerja keras bagi mendapatkan wang untuk membiayai perubatan anaknya. Kanak-kanak itu kini dijaga oleh bapa dan datuk serta neneknya. 

Sumber: Mynewshub