MENURUT Tan Sri Syed Hamid Albar pada November lalu, agak sukar untuk membawa isu Myanmar ke Persidangan OIC. Realitinya, OIC dilambak dengan senarai isu-isu lama yang belum selesai.
Isu perang saudara di Syria dan Yaman, serta krisis Iraq dan persekitaran politik di Iran lebih prominan. Kini ditambah pula krisis diplomatik antara sekutu Arab Saudi dan Qatar. Asia Barat padat dengan krisis dan perpecahan. Itu belum masuk senarai isu umat Islam di Afrika.
Nampaknya selagi keadaan di Asia Barat tidak berubah, adalah mustahil isu Rohingya akan diterima untuk dibahas dan diberikan keutamaan untuk tindakan OIC.
Berbalik pada etmosfera domestik. Disember tahun lalu, kepimpinan negara menganjurkan Perhimpunan Solidariti Ummah Demi Rohingya.
Satu sejarah kerana pertama kali PM Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turun ke Stadium Titiwangsa bersama lebih 50 NGO Malaysia dan 25 ribu rakyat jelata bagi menyatakan bantahan terhadap Kerajaan Myanmar.
Ketika itu, sedang memuncak kejadian pembantaian bermula Oktober 2016, dimana lebih 200 Muslim Rohingya dibunuh di Utara Rakhine dan 100 ribu melarikan diri ke sempadan Bangladesh.
Ketika itu, jumlah keseluruhan korban melangkaui 1,000 nyawa, sejak krisis serangan bersenjata Tentera Myanmar dan pelampau Buddha tercetus pada Oktober 2012.
Secara total, terdapat laporan menyebut, lebih 500 ribu penduduk Rohingya kini menjadi pelarian. Di Malaysia, UNHCR mengesahkan angka berdaftar melebihi 60 ribu pelarian. Angka sebenar pasti melebihi 100 ribu orang.
Selepas wawancara bersama TPM pada Perhimpunan Agung Umno 2016, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dalam perbualan singkat, menyifatkan: “Perbuatan itu zalim dan tidak dapat diterima. Mana boleh kita biar umat Islam dibunuh begitu rupa.”
Sejak bantahan terbuka Malaysia serta kritikan antarabangsa bermula Januari lalu, suasana di Rakhine tenang sekitar lapan bulan.
Namun, pada 25 Ogos lalu terjadi lagi serangan terbaharu. Kali ini lebih kritikal. Umat Islam Rohingya hanya menggunakan parang, lastik dan kayu dalam menentang serangan besar-besaran Tentera Myanmar.
Kerajaan Myanmar kini menukar taktik dalam penjelasan mengenai tindakan keras mereka. Myanmar memainkan isu wujudnya pengganas. Satu taktik berkesan dalam fenomena hari ini, di mana umat Islam dikaitkan dengan keganasan di seluruh dunia.
Namun, dunia tidak buta. Di Rakhine seismologi politiknya berbeza. Isu pembantaian terhadap Muslim Rohingya jelas isu penghapusan etnik. Sesuai dengan suasana sejak sekian lama di mana wujud usaha sistematik untuk mengusir lebih sejuta warga Rohingya pulang ke Bangladesh.
Kerajaan Myanmar mengklasifikasi Rohingya sebagai Benggali; suku bukan warganegara sejak wujudnya Perlembagaan Myanmar 1948. Benggali merujuk pada istilah bangsa Bangladesh.
Di peringkat ASEAN, belum ada ketetapan. Malah, tidak akan ada ketetapan. Negara Asean terutama Singapura, Filipina, Laos, Kemboja dan Vietnam tidak memiliki sebarang sentimen mahu pun risiko mengenai isu ini. Jadi, pastinya akan play save.
Manakala Thailand dan Malaysia menanggung isu limpahan pelarian. Indonesia dan Brunei pula berkongsi sentimen Islam.
Namun, kakau setakat protes dan nota bantahan kepada Kerajaan Myanmar, ia tidak akan berkesan. Myanmar belajar sikap Isreal: Jangan peduli teguran lisan atau teks bantahan. Utamakan tindakan dalam melaksanakan misi sendiri.
Sebab itu setelah lima tahun jenayah perang ini terjadi, Myanmar semakin agresif. Serangan 25 Ogos lalu dianggap paling dahsyat dan setakat ini, dalam tempoh seminggu telah mengorbankan lebih 500 nyawa penduduk Muslim. Ada sumber menyebut angka sudah melebihi 1,000 orang.
Jadi apa tindakan kita? Sekiranya Menteri Luar, Anifah Aman hanya sekadar menghantar sekeping lagi nota bantahan, ia tindakan stereotaip yang membuang masa sahaja.
Langkah lebih relevan ialah Malaysia harus mengajak Indonesia, Thailand dan Brunei untuk sepakat membentang usul di peringkat Asean mengenai tindakan Myanmar yang jelas bertentangan dengan Piagam Kemanusiaan.
Atau lebih berani, Malaysia perlu melobi bantahan dan mencari sokongan di peringkat Majlis Keselamatan PBB.
Kalau kita masih menggunakan kaedah dan saluran takuk lama, kita akan terus melihat pembunuhan dan jenayah perang terhadap Rohingya. –Kedahnews.com