"Jari Tengah" Dele Alli Hanyalah Gurauan Terhadap Rakannya


INSIDEN Dele Alli menunjukkan isyarat jari ketika melayan kunjungan Slovakia di Wembley awal pagi semalam, menjadi bualan hangat peminat bola sepak seluruh dunia.

Dalam perlawanan itu, kamera sempat menangkap aksi Alli yang seolah-olah menunjukkan jari tengahnya kepada pengadil perlawanan, Clement Turpin. 

Bagaimanapun, Alli tampil memberikan penjelasan bahawa isyarat itu bukan ditujukan kepada pengadil.

"Sebagai penjelasan, gestur yang saya lakukan itu hanyalah gurauan terhadap rakan baik saya, Kyle Walker.

"Saya minta maaf jika ada yang tersinggung. Kemenangan yang hebat malam ini," tulisnya di Twitter.

Sumber: Sinar Harian