JPP Perkasa Pengurusan Tandas Awam Di Semenanjung Malaysia


KANGAR - Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) bakal memperkasa pengurusan tandas awam di Semenanjung Malaysia sebagai pemangkin kesedaran kepada komuniti setempat.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, pihaknya dalam peringkat akhir pengemaskinian Buku Gerak Kerja JPP.

"Salah satu inisiatif baharu Gerak Kerja JPP ialah Pengurusan Tandas Awam.

"JPP akan berperanan melantik ahli jawatankuasa dan sukarelawan bagi inisiatif baharu ini.

"Mereka akan melaksanakan pengauditan, pemberian taraf serta aktiviti gotong-royong bersama komuniti bagi membersihkan tandas awam dan persekitarannya," katanya di Dewan Warisan di sini semalam.

Beliau berkata sedemikian pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan dan Sesi Townhall bersama JPP Perlis sesi 2016-2018.

Sumber: Kosmo