SUNGAI PETANI - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya diperkasakan lagi dengan tambahan keanggotaan SPRM dalam memastikan negara ini bebas daripada gejala rasuah.
Ini kerana masalah rasuah dan perlakuan salah guna kuasa dalam kalangan penjawat awam, khususnya anggota penguat kuasa tidak akan dapat diselesaikan selagi kebajikan mereka tidak dijaga.
Ini kerana masalah rasuah dan perlakuan salah guna kuasa dalam kalangan penjawat awam, khususnya anggota penguat kuasa tidak akan dapat diselesaikan selagi kebajikan mereka tidak dijaga.
"Ini yang saya perjuangkan, kita boleh ambil tindakan pada mereka tetapi pada masa sama, kebajikan mereka perlu diambil serius oleh pihak kerajaan," kata Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah Agensi Awam dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kedah, di sini semalam.
Pada majlis Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Zahari Ismail mengetuai kira-kira 2,000 penjawat awam dan anggota PBT di negeri ini melafazkan ikrar bebas rasuah dengan disaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.
Sementara itu Dzulkifli mencadangkan agar penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) dikaji semula kerana ia boleh menyebabkan berlaku pertindihan skop kerja dengan agensi sedia ada.Pada majlis Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Zahari Ismail mengetuai kira-kira 2,000 penjawat awam dan anggota PBT di negeri ini melafazkan ikrar bebas rasuah dengan disaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.
Menurutnya jabatan baharu itu mempunyai peranan seperti SPRM, Institut Integriti Malaysia, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
"Kerajaan sepatutnya melakukan penambahbaikan dan memperkukuhkan agensi-agensi sedia dari aspek perundangan, keanggotaan dan kebajikan.
"Saya tidak nampak keperluan untuk diwujudkan JITN kerana apabila menubuhkan jabatan baharu akan melibatkan penambahan staf dan bajet" katanya lagi.
Kata beliau, apa yang sepatutnya dilakukan ialah menambah baik dan memperkukuh agensi-agensi sedia ada dari sudut perundangan dan keanggotaan, terutamanya aspek kebajikan anggota penguat kuasa,”
Menurut Dzulkifli lagi penubuhan jabatan baharu bukan sahaja menyebabkan penambahan kos dan anggota, sedangkan kerja yang akan dibuat sama sahaja dan menyebabkan penindihan tugas,” ujarnya.
Beliau mengulas kelulusan Kabinet pada bulan lalu yang menaik taraf Bahagian Integriti dan Tadbir Urus di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai jabatan penuh yang dikenali sebagai JITN.
Akhbar sebelum ini melaporkan JITN akan berperanan sebagai badan penyelaras untuk menerajui perubahan transformasi dalam sektor awam serta swasta menumpukan pada tadbir urus baik, integriti dan hak asasi manusia. - Kedahnews.com