LABUAN - Akibat berang setelah kad memori telefon bimbit miliknya tersalah letak, seorang penganggur naik angin lalu memukul anak saudaranya dengan sebatang kayu sehingga cedera.
Kanak-kanak lelaki 11 tahun itu mengalami lebam dan calar-calar pada kepala, badan dan lengan, selepas dia dipukul oleh bapa saudaranya yang berusia 36 tahun di rumah lelaki itu di Simpang Amanda 18, Kg Batu Arang kira-kira 7 petang Rabu.
Timbalan Ketua Polis Labuan, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Ghani berkata, kakak mangsa membuat laporan polis pada 7.52 malam berikutan nasihat ketua kampung dan jiran.
“Kanak-kanak lelaki itu dihantar ke hospital malam tadi dan diberi rawatan pesakit luar,” katanya.- Bernama