Menerusi laporan Harian Metro, pelakon berpengalaman, Kazar Saisi mengakui tidak pernah terkilan dengan situasi dia dibayar rendah berbanding pelakon baru dan muda.
"Saya tidak terkilan sebab pandang pada sudut lain. Kalau asyik nak pandang pada satu sudut saja, memang angin!
"Kita kena terima hakikat orang berniaga. Siapa berniaga nak rugi, ‘kan?", katanya yang pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Lelaki Terbaik TV, Anugerah Lawak Warna 2014.
Tambahnya lagi, ini bukan lagi zaman berkarya tetapi zaman ‘buat duit’. Lagipun, andai diletak pelakon berusia sepertinya sebagai watak utama di pawagam, siapa yang mahu menontonnya?
Dia mengakui walaupun mempunyai ramai pengikut dalam laman sosial Instagram, kebanyakan peminat yang ada lebih suka menonton lakonannya di rumah saja.
Dakwanya, penonton pawagam selalunya adalah golongan remaja dan suka atau tidak, produser perlu menggunakan bakat muda dan dia perlu menerima hakikat itu.
Sumber: MalaysianDigest