Keluarga Rayu Zheng Han Pulang Ke Rumah Setelah Setahun Menghilang Diri


JOHOR BAHRU - Ibu bapa kepada seorang pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Cambridge, United Kingdom rayu anak sulungnya pulang ke pangkuan keluarga setelah lebih setahun menghilangkan diri. 

Hilang

Bapa, Ho Seng Yeow, 55, berkata, anaknya yang mengambil cuti rehat selama setahun daripada pengajiannya sudah berada di tanahair sejak tahun lalu tetapi tidak pulang ke rumah bertemu keluarganya.


Katanya, semakan yang dilakukan pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di London mengatakan anaknya, Ho Zheng Han, 24, telah pulang ke Malaysia pada 7 September tahun lalu hasil semakan keluar masuk di pihak Imigresen United Kingdom.

"Kami hanya mengetahui mengenai Zheng Han mengambil cuti rehat itu setelah menerima surat daripada JPA. Kami berasa hairan kenapa dia tidak memaklumkan perkara tersebut kepada kami.

"Kami ada cuba menghubunginya termasuk menggunakan media sosial namun tidak berjaya. Saya dan isteri merayu dia pulang ke pangkuan keluarga segera," katanya selepas membuat aduan di Pejabat Ketua Biro Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan MCA, Michael Tay Chee Boon, di sini sebentar tadi.

Sumber: Utusan Online