Kencing Gadis Ini Jadi Hitam Akibat Berbasikal Sejam


BEIJING – Beriadah memang menjadi kunci untuk menjaga kesegaran tubuh, namun, jika tidak dilakukan dengan teknik betul, senaman yang ringan pun boleh bertukar menjadi cerita ngeri!

Keadaan itulah yang dialami seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Wuhan, China bernama Xiao Lan. Gadis remaja tersebut dilaporkan berhasrat menurunkan berat badannya yang ketika itu sudah mencapai 75 kilogram.

Menurut media tempatan, ia dilakukan agar lemak dalam tubuhnya cepat terbakar. Ini menyebabkan dia sanggup pergi ke sebuah pusat kecergasan dan terus mengayuh satu basikal pegun di gimnasium itu selama satu jam.

Meskipun ini bukan latihan yang berat, ototnya tidak dapat mengikuti senaman tersebut kerana Xiao belum pernah bersukan apatah lagi melakukan senaman regangan untuk ‘memanaskan’ badan dahulu sebelum beriadah.

Portal berita World of Buzz melaporkan, sejurus selesai menjalani latihan berbasikal itu, Xiao kemudian secara tiba-tiba mengalami kecederaan di bahagian betis. Lebih parah, air kencingnya didapati berubah menjadi warna hitam.

Ketika gadis tersebut diperiksa di sebuah hospital tempatan, doktor mendapati kesimpulan yang amat mengejutkan mereka sendiri namun mujur sempat menyelamatkan nyawa Xiao sebelum pesakit tersebut langsung maut.

“Pada kelaziman, bacaan enzim di otot dan myoglobin untuk orang normal adalah antara 100 dan 200, tetapi hasil bacaan dia pula telah mencapai lebih 20,000!” kata seorang doktor yang enggan dididedahkan namanya.

Menurut pegawai perubatan yang melalukan pemeriksaan, Xiao didiagnosis sebagai menderita Rhabdomyolysis. Ini merupakan keadaan apabila serat pada otot menjadi mati dan kemudian melepaskan jangkitan ke aliran darah.

Situasi ini boleh menyebabkan komplikasi serius seumpama kegagalan ginjal berfungsi yang dapat mengakibatkan kematian. Untung Xiao segera dirawat. Doktor berjaya mengeluarkan racun di dalam tubuh dan dari darahnya.

Jadi, untuk mereka yang mahu memulakan latihan di pusat kecergasan, ada baiknya ditemani oleh instruktur dan jangan memaksa kemampuan diri melebihi tahap sepatutnya jika jarang bersukan. 

Sumber: Mynewshub