Kini Baru Rafizi Sedar Reputasi Buruknya?


NAIB  Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa notis bankrap yang disiarkan di akhbar berhubung saman fitnah melibatkan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), bertujuan untuk memburuk-burukkan reputasinya.

Namun demikian, adakah Rafizi sedar tindakan beliau membuat fitnah sebelum ini terhadap pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri tidak memburukkan reputasi mereka?

Sebelum ini agensi kerajaan, termasuk Tabung Haji juga menjadi sasaran kritikannya. Malah beliau juga turut mendedahkan kekayaan luar biasa anak-anak Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kini bila terkena di atas diri sendiri  Rafizi tidak dapat menerima kenyataan itu, sebaliknya memberi berbagai alasan dan mencari salah pihak lain.. 

Sebelum ini beliau tidak berfikir tentang tindakanya juga telah memberi imej buruk kepada orang lain.

Semalam Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan merungut notis bankrap yang dikenakan ke atasnya bertujuan untuk memberikan gambaran terhadap dirinya tidak jujur selepas menerima sumbangan orang ramai berjumlah RM1.5 juta bagi membantu membayar saman yang dikenakan terhadapnya.

 Rafizi bagaimanapun mencari berbagai alasan dengan itu merujuk kepada tindakan pihak Salleh yang membuat permohonan terus di mahkamah tanpa berusaha sepenuhnya untuk menghantar notis secara tangan agar dapat diterima oleh beliau sendiri, seperti dikehendaki undang-undang.

 "Saya tidaklah terkejut, malah bersimpati dengan beliau kerana pada umur sedemikian beliau nampak terlalu terikut-ikut dengan perasaan marah dan dendam atas apa yang berlaku ke atas NFC yang mengheret keluarga beliau," kata Rafizi menerusi kenyataan dikeluarkan semalam

Rafizi sebelum ini diperintahkan membayar RM150,000 kepada Salleh dan RM50,000 kepada NFC  selain membayar kos guam RM100,000.

Beliau juga berdepan hukuman penjara 18 bulan kerana mendedahkan laporan audit 1MDB tanpa sebarang pengesahan.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan hukuman itu ditangguhkan selepas beliau membuat permohona rayuan. - Kedahnews.com