Kisah Wanita Saiz XXXL Hangat Jadi Rebutan Agensi Model Dunia


SEORANG wanita bersaiz besar, secara tidak sengaja menjadi model dengan pendapatan ratusan ribu ringgit setahun selepas memuatnaik gambar bogelnya sebagai menyahut cabaran seorang rakannya di media sosial.

Yazmin Fox, 36, dari Cambridge, bersaiz 24 UK telah dicabar oleh rakannya untuk bergambar memakai seluar dalam dan memuatnaik dalam Instagramnya.

Imej berkenaan hanya untuk diletakkan dalam akaun Instagramnya selama beberapa hari sahaja tetapi tanpa disangka jurugambar dan agensi seluruh dunia memintanya mendatangani kontrak untuk menjadi model.


“Saya jadi gila sekejap dan kemudian menyedari ia mungkin mempunyai nilai. Saya bukannya berfesyen atau ikut trend tetapi saya selesa berbogel. Saya tidak mempunyai hasrat untuk menjadi selebriti atau popular.

“Saya tidak pernah terfikir untuk menjadi model,” katanya yang bangga dengan dirinya yang gemuk itu.

Yasmin kini menjadikan kegemukan itu sebagai misi untuk menunjukkan bahawa kecantikan datang dari dalaman. –Kedahnews.com