Klinik Kesihatan Changlun Alami Gangguan Bekalan Elektrik


ALOR SETAR - Difahamkan bahawa gangguan bekalan elektrik di Klinik Kesihatan Changlun berlaku sejak 19 September jam 11 pagi dan berlarutan sehingga 20 September.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dato' Dr. Norhizan Ismail, kerja-kerja pembaikan dijangka mengambil masa dua hari.

Akan tetapi, pada hari kejadian pihak  TNB, JKR Daerah Kubang Pasu dan JKR Cawangan Eletrik Negeri Kedah bekerja keras untuk mencari punca terputusnya bekalan elektrik dan masih belum dapat dikesan hingga kelmarin.

Ketika kejadian awal berlaku, pihak Klinik Kesihatan tersebut meneruskan operasi hanya dengan menggunakan "genset". 

Namun begitu, pihak JKR Cawangan Eletrik Negeri Kedah menasihatkan pihak klinik agar tidak terus menggunakan "genset" kerana khuatir berlakunya litar pintas.

Pada sehari selepas kejadian barulah pihak JKR Cawangan Eletrik Negeri Kedah berjaya menguraikan punca permasalahan berlaku.

Ekoran itu, Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kedah membuat keputusan segera akan tanggung kos pembaikan tersebut dan diuruskan segera oleh pihak JKR. 

Disebabkan pihak klinik dilarang untung menggunakan "genset" maka sebahagian besar operasi klinik kesihatan tersebut terpaksa ditanggunghkan.

Oleh demikian, pihak klinik memohon kerjasama masyarakat agar memahami dan membantu mereka untuk memudahkan usuran dalam menyampaikan khidmat kesihatan.

Antara yang terjejas adalah bilik rawatan menjadi gelap dan menyukarkan pemeriksaan terhadap pesakit dilakukan, terpaksa membatalkan temu janji bersama pesakit dan mengubahnya ke hari lain.

Terpaksa mencadangkan temu janji bersama bayi dan kanak-kanak dipindahkan kepada perkhidmatan di Klinik Desa, bagi kes kecemasan yang serius mereka diminta untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Sementara bagi kes yang memerlukan perkhidmatan pergigian diminta untuk mendapatkan perkhidmatan di klinik pergigian yang berdekatan dan lain-lain penyakit mereka diminta mendapatkan rawatan di klinik kesihatan atau klinik 1 Malaysia berdekatan. - Kedahnews.com