FENOMENA adaptasi perisa nasi lemak nampaknya semakin menjadi mengarut apabila kini makanan kebangsaan Malaysia itu diolah dalam bentuk kondom pula!
Pengilang kondom terbesar di dunia iaitu Karex akan mengeluarkan alat kontraseptif tersebut dengan rasa baru, “perisa nasi lemak”, hujung tahun ini.
Lapor AFP, syarikat itu mengambil masa enam bulan mengkaji bahannya sebelum memutuskan perisa itu dengan ‘bau seakan-akan santan dan pelincir hangat’.
Jenama kondom itu sebelum ini terkenal dengan menyediakan pelbagai perisa, termasuk anggur dan durian, dalam pelbagai bentuk dan rekaan.
Edisi terhad kondom perisa nasi lemak itu bakal menembusi pasaran tempatan pada November atau Disember ini, kata ketua eksekutif Karex, Goh Min Kiat.
Goh juga menegaskan kondom perisa itu “bukan sekadar gimik” tetapi juga membantu kempen mencegah kehamilan di negara ini.
“Bagi saya, ia berkaitan kesihatan awam dan saya mahu menyampai mesej ini kepada semua orang,” katanya seperti dilapor agensi berita itu.
Karex mendominasi 17% pasaran kondom di seluruh dunia.
Sumber: Mynewshub