Lawatan Azmin Ke China "Malukan" Mahathir, Pakatan Harapan


LAWATAN Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke China 'untuk menarik pelaburan' telah memalukan Pakatan Harapan yang yang sebelum ini mendakwa Malaysia mahu menggadai negara berikutan kerjasama pelaburan Malaysia - China yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Antara projek besar ialah melaksanakan Projek  Landasan Keretapi Pantai Timur / East Coast Rail Link (ECRL).

Langkah yang dibuat oleh  Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR itu membuktinya kenyataan Pengerusi Pakatan Harapam, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Perdana Menteri, Datuk Najib Razak mahu menjual 'maruah' negara adalah satu 'fitnah politik'.

Cadangan pembinaan ECRL sepanjang 600 kilometer bernilai RM55 bilion dibentangkan pada Bajet 2017. Projek landasan keretapi itu yang bermula Julai lepas dijangka siap pada Jun 2024 dan akan menghubungkan Lembah Klang dengan Kuantan, Pahang sehingga ke Terengganu serta Tumpat, Kelantan.

Malaysia menandatangani 14 perjanjian bernilai kira-kira RM144 bilion dengan China, selepas lawatan  Najib  ke negara itu.

Kini giliran Azmin pula dikecam pelbagai pihak berikutan lawatan beliau ke China baru-baru ini yang dikatakan untuk menarik pelaburan. Azmin turut disindir kerana usahanya juga untuk 'menjual Selangor pada China'.

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi melihat usaha Azmin untuk menarik pelabur dari China ke Selangor tidak mungkin akan berlaku jika tiada usaha awal yang dibuat oleh Perdana Menteri dan kerajaan Persekutuan. 

Menurutnya, selama ini pembangkang gah mendakwa segala usaha pelaburan yang dibuat kerajaan Persekutuan sebagai sesuatu yang tidak memberi keuntungan kepada negara ini. 

"Azmin baru sahaja selesai mengadakan lawatan ke China dengan alasan untuk menarik lebih banyak pelaburan dari China. Walaupun beliau belum lagi mmberikan apa-apa laporan hasil lawatan tersebut, ternyata beliau cuba meraih hasil dari inisiatif dan kerja keras yang telah dimulakan oleh Kerajaan Persekutuan," kata Zuhdi dalam satu kenyataan semalam.


Kata beliau, Perdana Menteri telah menggerakkan pelbagai usaha bagi membawa masuk pelaburan dari China ketika membuat lawatan ke China pada bulan Mei lalu. 

"Hasilnya, jumlah pelaburan China ke Malaysia dari usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri ini mencecah lebih dari RM30 bilion. Usaha kerajaan Persekutuan ini juga telah memungkinkan syarikat terkenal dari China iaitu Ali Baba Group untuk membuka hub pengedarannya di Sepang yang secara langsung dan tidak langsung akan membawa pulangan kepada kerajaan negeri Selangor," katanya.

Menurut Budiman, kejayaan Perdana Menteri membawa sejumlah pelaburan yang besar ini telah dijadikan modal politik apabila pihak pembangkang mendakwa kerajaan Persekutuan sedang menjual negara kepada China. 

"Rakyat juga tidak harus ditipu melalui segala terma ekonomi serta pelaburan yang digunakan oleh pihak pembangkang dalam cubaan mengelirukan kefahaman rakyat serta membandingkan usaha mereka dengan perkara yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan. 

"Rakyat tidak lupa juga sikap hipokrit pembangkang apabila kerajaan negeri Pulau Pinang turut sama mendapatkan pinjaman dari negara China bagi menampung perbelanjaan pembangunan di negeri tersebut," katanya. 

Budiman turut mengumpamakan pihak pembangkang pada hari ini umpama meludah ke langit.

Selepas mendapatkan pelaburan China, pembangkang termasuk Dr. Mahathir berterusan menyerang Najib yang  mengadakan kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi, India dan terikni dengan Amerika Syarikat.

Dr. Mahathir sebelum ini 'mengisytiharkan' Pakatan Harapan akan menilai semula kontrak yang dimeterai negara ini dengan syarikat asing, jika berjaya memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang. -  Kedahnews.com