Lelaki Maut Bot Langgar Batu Ketika Keluar Memancing Di Langkawi


ALOR SETAR - Seorang lelaki maut setelah bot dinaikinya haram akibat terlanggar batu berdekatan Teluk Burau di Langkawi pada tengah hari semalam.

Mangsa ialah Ajis Omar, 51, dari Kampung Ranggut, Padang Matsirat dikatakan keluar ke laut  untuk memancing bersama seorang rakan Shukri Saad, 51.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Che Ghazali Che Awang berkata kejadian yang berlaku pada jam 12 tengah hari tersebut menyebabkan kedua-dua mangsa terhumban ke dalam laut sebelum bot mereka karam.

“Mangsa kedua (Shukri) terhempas ke batu dan menyebabkannya patah tangan. Dia tersadai di batu sebelum diselamatkan oleh sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya.

Sementara itu, mayat Ajis ditemui di muara Telaga Harbour yang merupakan kawasan pelabuhan kapal persiaran yang terletak berdekatan tempat kejadian. - Kedahnews.com