SEORANG nenek yang baru bangun tidur, terkejut tatkala dia membuka langsir tingkapnya selepas mendapati bandar yang didiaminya telah `ditawan’ oleh sekumpulan 30 ke 40 ekor lembu.
Janis Wilson, 61, melihat gerombolan lembu itu merayau di jalan raya dan memasuki kawan taman jirannya serta membuang najis di jalan di Bollington.
“Ia membuka mata saya. Suami saya, Steve kemudiannya bersama penduduk yang lain keluar untuk menghalau lembu-lembu itu.
“Hari minggu kami menjadi riuh dengan bunyi lembu dan secara jujur saya tidak tahu dari mana ia berasal,’’ kata Janis.
Dalam pada itu polis memberitahu pihaknya menerima laporan mengenai sekumpulan lembu berkenaan memasuki jalan.
“Anggota polis yang bertugas terpaksa membantu menghalau semula lembu itu ke kandang,’’ kata jurucakap polis.
Sumber: Mynewshub