Mahathir Pun Serah Borang UMNO Pada Najib, Apa Yang Pelik Kembalinya Mike Tyson?


TIDAKLAH pelik Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan penyertaan semula bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib  ke pangkuan parti setelah bersama parti pembangkang PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selama lima tahun.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menyertai semula UMNO  turut melakukan perkara yang sama dengan menyerah borang ahli UMNO pada Presiden (Najib) sedangkan beliau boleh bebuat demikian di cawangan atau bahagian.

Begitu juga PAS dan PKR, menerima kehadiran bekas Menteri Besar Selangor itu dengan pengumuman pada sidang akhbar yang  dihadiri pemimpin kanan parti masing-masing.

PAS dan PKR juga berbangga menerima kehadiran pemimpin verteran UMNO itu yang dikagumi oleh orang Melayu Selangor. 

Bagi Anggota Majlis Ttertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin beliau menyifatkan tindakan sesetengah pihak mempertikaikan sidang media khas mengumumkan kemasukan semula Muhammad Taib adalah perbuatan mereka yang tidak memahami kedudukan seseorang individu itu.

Katanya, Muhammad merupakan satu nama besar dalam politik dan pernah menjawat jawatan sebagai Naib Presiden UMNO, menteri dan merupakan Menteri Besar Selangor yang memacu pembangunan negeri itu.

"Malah, masa beliau (Muhammad) sertai PAS, mereka juga adakan sidang media..begitu juga semasa beliau masuk PKR, demikai juga semasa Tun M kembali menyertai UMNO pada 2009, beliau serahkan borang keahlian kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sedangkan beliau boleh berbuat demikian dengan ketua cawangan.

"Ini disebabkan mereka adalah nama-nama yang dikenali dalam politik. Jadi tidak salah untuk kita (UMNO) adakan sidang media untuk mengalu-alukan kepulangan mereka," katanya.

Mohd Sharkar yang juga pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang menambah kepulangan Muhammad juga dapat membantu UMNO untuk menawan semula Selangor memandangkan beliau sudah mengetahui gerak kerja PAS dan PKR.

Peliknya, kembalinya  Muhammad Taib untuk memperkukuh semula perpaduan Melayu  dikritik oleh Dr. Mahathir serta pemimpin pembangkang termasuk PAS yang cuba melaga-lagakan  bekas Menteri Besar Selangor itu dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.

Jika Muhammad Taib memilih PPBM mungkin Dr. Mahathir juga merasa bangga bagi membantu partinya yang sedang gawat itu itu.

Namun Muhammad Taib sedar perjuangan parti pembangkang Melayu kini hanya memecahkan orang Melayu dan tidak memperjuangkan hak Melayu termasuk mempertahankan agama Islam.

Muhammad Taib melihat ada parti yang dikuasai  bukan Melayu sedang menangguk di air keruh dengan perpecahan parti Melayu kini. 

Mereka sedang menunggu masa untuk mengambil alih kuasa orang Melayu. - Kedahnews.com.