Malaysia Meterai Perjanjian Haramkan Senjata Nuklear


PUTRAJAYA - Malaysia memeterai Perjanjian Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Memeterai perjanjian itu negara diwakili Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang berada di New York menghadiri Sesi ke-72 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA ke-72).

Dengan pemeteraian perjanjian itu, Malaysia berganding bahu dengan pelbagia negara lain menzahirkan suatu mesej politik yang tegas bahawa senjata nuklear hendaklah ditolak dan menggesa supaya senjata terbabit dihapuskan sepenuhnya secepat mungkin.

Anifah berkata, pemeteraian perjanjian itu mencerminkan pendirian tegas, komitmen dan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia terhadap dasar perlucutan senjata pemusnah besar-besaran khususnya perlucutan senjata nuklear bagi mewujudkan dunia bebas senjata nuklear.

Sumber: BH Online