Mangsa Banjir Kilat Di Kedah Kini 1,991 Orang


ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir kilat di pusat pemindahan banjir di Kedah yang sebelum ini 1,983 orang kini meningkat kepada 1,991 orang hari ini.

Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklukan angka tersebut meningkat ekoran daripada terdapat mangsa yang kembali semula di 13 pusat pemindahan di daerah Kota Setar.

Sehingga jam 8 pagi tadi, sebanyak 560 masih lagi ditempatkan di 19 pusat pemindahan banjir di daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Pendang.

Difahamkan bahawa di Kota Setar, pusat pemindahan yang masih beroperasi adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, Alor Setar (347 mangsa),  SK Seri Gunung (265 mangsa), SK Bukit Pinang (102 mangsa),  Dewan Taman Sri Bagan (97 mangsa), Surau Pondok Kepala Bukit (88 mangsa), SK Alor Mengkudu (85 mangsa).

Manakala 79 mangsa ditempatkan di  Surau Assyakirin, Kepala Batas,  Masjid Kampung Lengkuas (46 mangsa), Dewan Wawasan Kampung Kelompang (39 mangsa), SK Suka Menanti (25 mangsa), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perak (13 mangsa), Kampung Tok Pauh (12 mangsa ) dan SK Taman Aman seramai sembilan mangsa.

Bagi mangsa banjir di daerah Pokok Sena pula tiga pusat pemindahan dibuka yakni di SK Bukit Hijau dengan 366 mangsa, Dewan Lubuk Keriang (35 mangsa) dan Dewan Kampung Permatang Limau seramai 15 orang mangsa. 

Selain itu, mangsa banjir di Kubang Pasu, pusat pemindahan dibuka di SK Kodiang Lama yang menempatkan 56 mangsa dan Dewan Tokong Cina yang dibuka semula menempatkan 32 mangsa.

Di daerah Pendang pula, hanya tinggal satu pusat pemindahan dibuka iaitu di Dewan Rakan Sukan Tanah Merah yang menempatkan 280 orang daripada 77 keluarga.

Sementara itu, difahamkan bahawa keadaan cuaca yang semakin baik dan cerah membantu pengaliran sungai dan air berjalan lancar.

Dilaporkan bahawa keadaan banjir di Kedah semakin pulih dan dijangka akan surut berperingkat. - Kedahnews.com