Maut Selepas Terlalu Gembira Lamaran Diterima Kekasih


MALANG tidak berbau, seorang lelaki berusia 32 tahun maut selepas terjatuh dari sebuah jambatan di Jepun, ketika meraikan kegembiraan kerana kekasihnya menerima lamarannya.

Lelaki yang tidak dinamakan itu, terjatuh hanya beberapa saat selepas melamar teman wanitanya.

Dia terjatuh 100 kaki ke dalam laut di jambatan yang menghubungkan Miyako dan Pulau Irabu di Okinawa.

Kejadian itu berlaku di atas jambatan Irabu sepanjang 2.1 batu. Menurut laporan media, ketika itu mereka sedang menaiki kereta apabila lelaki itu meminta teman wanitanya yang sedang memandu kereta, menghentikan kenderaan itu di tepi jambatan Irabu.

Selepas itu mereka keluar dari kereta untuk menikmati pemandangan laut dan di saat itu dia mengejutkan wanita terbabit dengan mengeluarkan cincin dan melamarnya.

Tatkala lamaran diterima lelaki tersebut telah melompat ke atas pagar jambatan dan gagal mengimbangi badan lalu terjatuh ke dalam laut.

Mayatnya ditemui tujuh jam kemudian. 

Sumber: Mynewshub