Mesti Baca: Bahaya Air Botol Plastik Biar Lama Dalam Kereta..!


SUDAH menjadi kebiasaan kita menyimpan air dalam kereta kan? Walaupun hanya sebotol?

Sedar atau tidak sebenarnya minuman botol plastik yang telah lama disimpan di dalam kereta adalah tidak elok diminum terutamanya bagi kaum wanita.

Kenapa tidak elok?

Untuk pengetahuan, ini adalah punca utama Sheryl Crow mengalami kanser payudara.

Hal ini telah dibuktikan, ketika dia tampil dalam acara, Ellen Show dan mengatakan perkara ini merupakan penyebab utama kepada penyakit tersebut.

Doktor memberitahu bahawa wanita sememangnya tidak boleh minum minuman yang sudah lama berada dalam kereta terutama air dalam botol minuman plastik.


Hal ini kerana, hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol mempunyai kimia yang boleh mengakibatkan kanser payudara.

Hawa panas tersebut menyebabkan toksin atau racun pada plastik bocor sekali gus bercampur dengan air.

Racun inilah yang sering mereka temui dalam saringan payu dara wanita.

Oleh itu, kita seharusnya berhati-hati dan jangan minum air dalam botol plastik yang telah lama ditinggalkan dalam kereta.

Seelok-eloknya gunakan botol kaca atau gelas stainless steel.


Lazimnya, air yang terdedah pada matahari sememangnya tidak elok diminum kerana kebarangkalian boleh bertukar menjadi racun.

Maklumat seperti ini adalah amat penting untuk menyelamatkan nyawa kita dan juga insan yang kita sayang. – Kedahnews.com