ELBRUS - Tujuh belas pendaki Malaysia di Gunung Elbrus kini dalam perjalanan turun menuju ke Perkampungan Terskol bagi mendapatkan perkhidmatan helikopter untuk keluar dari kawasan bencana.
Ketua ekspedisi Ahmad Fakhri Abu Samah berkata cuaca sejak Jumaat bertambah baik dan 16 pendaki sudah pun berjaya sampai ke puncak pada awal Sabtu.
"Ketika dalam persiapan ke masjid bagi solat Aidiladha, kami dimaklumkan mengenai bencana banjir lumpur.
"Memang dua tiga hari ini cuaca sangat buruk dengan ribut salji, dan mungkin air sungai terlalu deras, melimpah ke jalan raya sehingga runtuh, termasuk jambatan.
Sumber:Astro Awani