'Muhyiddin Bermimpi Masih TPM, Dia Kini Setaraf Saya' Kata Anina


ALOR SETAR - Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Anina Saadudin berkata Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin 'bermimpi' seolah-olah beliau beliau masih pegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Muhyiddin perlu sedar beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam kerajaan dan kedudukan beliau sekarang setaraf dengan rakyat marhaen yang lain, kata Anina.

"Sayaadalah antara pengasas PPBM bersama dengan dia dan jawatan dalam PPBM sekarang bukanlah dipilih, ia hanya jawatan dilantik sendiri di peringkat penaja,'' kata Anina yang  mengumumkan keluar PPBM, Sabtu lepas.

Kata Anina lagi status bekas timbalan perdana menteri tidak meletakkan diri Muhyiddin berada pada kedudukan 'locus standi' yang tidak boleh dicabar.

“Apabila saya mengajak dia berdebat dia kata saya tidak ada locus standi. Jadi saya nak tanya apakah locus standi Muhyiddin? kata  Anina  menjawab Muhyiddin yang menyatakan bekas pengasas PPBM itu tidak layak lagi berdebat dengannya. 

“Saya fikir kemungkinan Muhyiddin ini masih bermimpi yang dia masih timbalan perdana menteri atau menteri Kabinet, ” kata Anina yang dipetik daripada FMT.

Semalam, Muhyiddin berkata beliau enggan melayan cabaran Anina untuk berdebat  berkenaan isu-isu semasa dan menyifatkan bekas ahli majlis pimpinan tertinngi PPBM (Anina) itu sudah hilang kelayakan.

Kata Muhyiddin beliau menghormati keputusan Anina keluar PPBM dan  ketua wanita sayap parti itu tidak mempunyai kedudukan yang sah untuk berdebat kerana sudah tidak lagi menjadi ahli.

Sementara itu Anina membidas Muhyiddin dengan merujuk Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang tidak melihat taraf kedudukan untuk berdebat sehingga terbuka berdebat dengan bekas pegawai khasnya, (Haris Che Mat).

“Muhkhriz pernah terima cabaran debat dari bekas pegawai dia yang juga ahli UMNO dan Mukhriz tidak mepertikai isu lokal standi. Itu bekas pegawai dan saya ini salah seorang pengasas PPBM, saya bukan pegawai ataupun lembu, saya bekas pengasas PPBM," kata Anina.

Terdahulu Muhyiddin nafikan beliau menjadi punca Anina tinggalkan PPBM sebaliknya mendakwa Anina menghadapi masalah peribadi, tak pernah hadir mesyuarat dan program parti.- Kedahnews.com